Nature friend ♥

Follow|Home
Thursday, 13 September 2012 | 02:43 | 0comments

بسم الله الرحمن الرحيم
The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.

Harini 13 Sepetember 2012. Allahu! Hamba tak kuat :'( ...........

Pada pagi yang hening, pelajar kelas 2RK1 diminta ke Makmal Komputer untuk mata pelajaran Matematik. Sesudah menjejak kaki ke Makmal, aku berkata kepada Mai "Mai, kita dah bosanlah asyik masuk sini je. Hari-hari menghadap makmal ni je" Mai hanya memberi senyuman. Aku tidak pasti sama ada senyum itu ikhlas ataupun tidak. Hari-hari ada latihan. Penat :/

Selepas 1 jam berada di dalam Makmal itu, kami semua pulang ke kelas. Bersiap sedia untuk waktu Pendidikan Islam. Tetapi Ustaz Shamsi tak hadir. Kami taktahu sebabnya. Ustaz takde, jadi saya baca Novel. Hilangkan bosan. Semasa waktu rehat, aku rasakan diri ini sangat kosong. Taktahu kenapa. Hari ni rasa macam lain. Macam berada di dunia lain. 

Kami diberi tahu, kumpulan ~~~ di suruh turun awal. Kerana Prof (yang mengajar) akan datang awal sedikit. Jadi, saya dan kawan tergesa-gesa takut tidak sempat untuk menunaikan Solat Zuhur. Usai, solat zuhur pada jam 1.50pm. Dah lambat 5 minit!! Kami pun berkejar ke Bilik Latihan itu. Rupanya hari ni ada Selected. Pemilihan sesiapa yang layak untuk pergi ke pertandingan. Aku dah mula berdebar. Dalam hati aku hanya mampu beristighfar. Ada juga perasaan takut. 

Tiba waktu pemilihan, aku orang keempat. Tiba giliranku, errrrrrrrrrrr suara ku PANCIT :( Kali kedua, aku dapat Part yang tinggi. Kebetulan suara ku tidak berapa sihat. Asyik batuk je sebelum latihan. Jadi, bila disuruh buat part TINGGI, errr tak keluar suaranya. Air mata yang ingin jatuh ku tahan. Kali ketiga pun sama. Aku kuatkan semangat melihat sahabat ku yang lain semua terpilih. Aku cuba menahan air mata. Tapi ia tak lama. Bila mereka semua memelukku. Air mata ini mengalir laju tanpa ku minta. Aku malu :( 

Aku halang mereka dari memujukku. Ini mungkin bukan rezekiku. Selepas itu, aku duduk di bawah. Air mata ni takdapat nak tahan selepas mereka start ~~~ balik. Aku rasa macam..... ALLAH :( Bila mereka dapat borang. Aku tarik muka dari melihatnya. Bila mereka bincang pasal pakaian. Aku pejam mata. Dalam hati aku berkata "ALLAH ada rancangan lain. Dia tidak mengizinkanku masuk pertandingan ini. Mungkin untuk menjaga suara (aurat) ku ini. Ya ALLAH. Terima Kasih.

Prof ada cakap "Girl, this is not the end in this world." Thanks Prof. Thanks sebab ajar saya. Thank you so much *menitis air mata* Hahaha. Basalah keyboard ni. Habis kena marah dengan Ibuu. Jap, nak lap kejap. 

Semua pelajar dah pulang. Aku cepat memaki kasut dan pergi ke Public Phone. Kawan lain semua follow. Masatu saya cakap dalam hati "Please.. Leave me alone." Tapi tak terucap...... Aku semasa menuju ke hadapan sekolah. Melintas jejantas seorang diri. Menunggu ibu seorang diri. Aku menangis. Menangis sepuas hati. Tak peduli dengan pandang orang lain. Angin sepoi-sepoi bahasa pada petang itu, membuat hatiku begitu sayu.. 

Ibu amik, rasanya ibu perasa kenapa dengan aku. Mataku merah. Hidungku merah. dah macam badut. Air mata taknak berhenti mengalir. 

Ibu : Kenapa ni?
Me : Nothing... *lap air mata*
Ibu : Kenapa ni?
Me : Akak tak dapat.......... kior *slow suara ku*
Ibu : Kenapa? Hari-hari latihan tak dapat? Macam buang masa je. Baik belajar. *suara naik*
Me : *menangis dengan sepuas nya*

Sampai di rumah, aku terus menunaikan Solat fardhu Asar. Rasa tak sabar nak jumpa Maha Pencipta. Terus amik wudhu'. Di sujud terakhir, lama aku bersujud. Rasa takmahu berjauhan denganNya. Aku rasa dia begitu dekat denganku. Usai Solat, aku menelekup diriku di atas sejadah. Taknak bangun, berat rasa hati untuk bangun. Sakit hati, bila fikir benda yang dah terjadi tu.........  

Mungkin ini kali terakhir aku ada di latihan tu. Aku takkan masuk lagi pertandingan lain. Walaupun peringkat KEBANGSAAN. Aku rasa MALUUUU :( 

0 Comments:

Post a Comment


Older Post | Newer Post