Nature friend ♥

Follow|Home
Sunday, 2 June 2013 | 02:51 | 1comments
بسم الله الرحمن الرحيم
The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.

Sabtu, 1 Jun 2013. 
Team Hijrah Johor mengadakan suatu program. Saya the only one from Batu Pahat. Percayakah kalian? Budak bawah umur ini naik bas seorang diri. Alhamdulilah, syukur. Tiada apa pun yang belaku. Syukran untuk Kak Kina sudi jemput saya di Larkin. 

Tiba di masjid Sultan Abu Bakar, masyaALLAH ramai ahli syurga. Malu. Takut. Al-maklumlah, dulu pergi reramai. Kali ni seorang diri. Takde kawan T-T Oh, saya desprate. Yes, desprate nak ke majlis ilmu :)
Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah Taaruf. Kenalkan diri. Asal mana. Umur berapa. Dan bla bla bla..
Seterusnya, ice breaking. Okay, this is my first time main game ni. Syookk! 


 Sesi Taaruf




 Ice breaking. Idea from; Maryam Abdullah
 Selepas puas keluarkan peluh bersama-sama. Kami mendengar usrah dari Encik Sufi. Dia kata dia bukan Ustaz. Tapi gaya seperti Ustaz. Err. Apa aku cakap ni. Tapi alhamdulilah, terasa jahil dengar usrah daripada beliau. Tinggi ilmunya. 



Usrah.
Selesai usrah pada pukul 12. Seterusnya, kami (tak semua) berkumpul untuk pergi ke rumah En Sanudin. Lantaran diserang angin ahmar, Encik Sanudin lumpuh tidak mampu bekerja sejak April 2012. TeamHijrah Johor (THJ) telah mengadakan program Ziarah Amal ke rumah keluarga En Sanudin dengan membawakan sediki barang-barang terpakai dan keperluan harian yg dikumpulkan hasil sumbangan ahli-ahli THJ.

Walaupun masih mengalami kesusahan untuk bercakap, THJ sempat bertanyakan kepada En Sanudin tentang kesusahannya. Keadaan En Sanudin sekarang ada sedikit peningkatan daripada awal diserang angin ahmar dulu di mana dulu dia langsung tidak boleh bercakap pun. Beliau hanya bergantung kepada ubat-ubatan dari hospital dan supplement yang kosnya kurang lebih rm500 sebulan. Kata beliau, kos tersebut dikumpul dari apa wang yg dapat dikumpul; jika ada, ada lah; jika tiada, maka tiadalah.

Anak-anak En Sanudin sekarang berusia 7, 6 dan 5 tahun. Kerana beberapa masalah yg dihadapi, anak sulungnya tidak dapat dihantarkan ke sekolah. Difahamkan bahawa kerana kesempitan hidup mereka, ada masa adik-adik ini keluar mencari apa yg dapat dicari untuk dijual bagi mendapatkan sedikit wang umpama tin-tin kosong. Ibu mereka, Pn Syamila tidak dapat keluar mencari kerja kerana perlu menjaga keperluan harian dan ubatan En Sanudin.

Keluarga En Sanudin tinggal di Flat Taman Megah RIa di Seri Alam, Johor Bahru. Berdasarkan pengamatan semasa ziarah itu, tempat tersebut tidak berapa dijaga dan dilihat tidak berapa selamat untuk anak-anak kecil. Bekalan elektrik rumah En Sanudin telah terputus dan sekarang ini mereka bergantung kepada bekalan elektrik yang ditarik dari rumah jiran.

Kami dari THJ ingin mengucapkan sebesar-besar penghargaan kepada sahabat-sahabat yg telah sudi menghulurkan sumbangan bagi menyokong program Ziarah Amal THJ ini. Namun begitu, kami masih ingin menyeru mana-mana pihak yang sudi memberikan apa-apa bentuk sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga En Sanudin. Kami akan sekali lagi merancangkan ziarah amal ke rumah keluarga En Sanudin pada bulan puasa ini.
 (copy from; Mohd Norasyraf






Alhamdulilah selesai semuanya. Saya dihantar ke Larkin dan bertolak pulang ke Batu Pahat pada pukul 4 petang. Tiba di Batu Pahat pada pukul 6 petang. Syukran kepada semua warga THJ. May Allah bless us. I love you guys for the sake of Allah <3







1 Comments:

Blogger Norra Mohd said...

Assalamualaikum Warahmatullah, kalau tak tgok kertas dekat belakang masa ice breaking tu, akak tak kenal pun mana satu la yang tweet akak. :) nice to know you adik..salam ukhwwah fillah, abadan 'abada.. :)

2 June 2013 at 07:11  

Post a Comment


Older Post | Newer Post