Nature friend ♥

Follow|Home
Monday, 5 August 2013 | 05:03 | 0comments
بسم الله الرحمن الرحيم
The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Assalamualaikum.


Senang cerita, semua orang nak dapatkan lailatul qadar inikan? 

Aku nak cerita tentang kisah seseorang ni.

Pada malam 23 Ramadhan, aku dapat merasakan ketenangan.
Aku tidur lebih awal kerana esok aku ada paper Math. Aku niat nak bangun awal pagi untuk continue study. Aku abc, jadi aku bangun untuk study. Sebenarnya bukan haritu je aku bangun, hampir setiap hari aku bangun pukul 4 pagi.

Tapi yang pelik lagi menghairankan, malam itu tiada bunyi ayam berkokok hatta cengkerik ber krik krik. Aku rasakan sesuatu. Lalu berkata dalam hati, 

"Adakah malam tadi lailaul qadar? Tapi pukul 10 hujan. Hm Allah sahaja yang tahu, Tapi rugi bagi diriku. Hm."

Esok pagi di sekolah seperti biasa, majlis kerohanian di jalankan. Bacaan Yaasin dilaungkan dengan penuh khusyuk. Pada masa yang sama, hujan gerimis mula membasahi bumi nan gersang. Murid-murid kelihatan gelisah dek risau baju mereka basah.

Ustaz terpaksa memberhentikan bacaan dan berkata,

"Jangan risau anak-anak. Hujan rahmat di pagi 23 Ramadhan ini. Mungkin malam tadi lailatul qadar?"

Aku sengih.
Lalu berkata dalam hati,

"Ustaz, adakah benar ustaz? Saya rasa sangat rugi."

Usai keluar dari dewan peperiksaan, aku terus pulang ke rumah. Taktahu nak buat apa. Bosan. Nak baca al-Quran tak boleh. Hm.


************************************

Pada malam 26 Ramadhan, suasan begitu tenang. Setenang wajah ibunda yang sabar mendidik anak-anak. Aku dapat rasakan sesuatu. Ya, sesuatu.

tepat jam 3.54 pagi, aku tersedar dari lena. Tangan puas menggaru lengan yang digigit oleh nyamuk.

"Tak guna punya nyamuk. Awat hang gigit aku? Haihhhhh."

Tatkala itu, hujan membasahi bumi seakan memahami perasaan ini. Ramadhan semakin melabuhkan tirai.
Aku bangun, pasang ubat nyamuk. Selepas itu, aku baring semula. Tapi yang pelik aku tak boleh tidur semula walaupun mata ni dah macam lori membawa kelapa sawit seberat 10 tan. 
Aku diam. 
Aku gapai phone di birai katil. Buka twitter, tapi bosan. 
Diam, aku diam.

Keesokkan paginya, aku tak bangun sahur. Sebab tak boleh. Ibu sengaja tak mahu kejut. Aku pun taktahu apa sebabnya. 

Aku on twitter pagiya,
Ada yang bilang, malam tadi lailatul qadar.
Aku tersentak!
Aku terkejut!

Kenapa aku terkejut macam beruk ni? Bila difikir semula,
Malam tadi aku rasa tenang. Tak hujan. Aku bangun pukul 4 pagi dan tak boleh tidur. 
Ahhhhhhh! Kalau benar malam tadi, malam lailatul qadar, aku adalah insan yang rugi.
Rugi.
Rugi.

Bukan semua orang dapat rasakan lailatul qadar. 
Allah pilih orangnya,

dan sekarang aku dah faham. Allah kejutkan aku melalui nyamuk untuk aku buat qiamulai. Walaupun takboleh solat, aku masih boleh berzikir.

"Kenapa kau ni? Kenapa kau tak terfikir?"

AKu marah diri sendiri. Tapi apakan daya. 

0 Comments:

Post a Comment


Older Post | Newer Post