Cerita ini, adalah kisah benar.
Kisah si A baru berhijrah. Dia berhijrah ketika berumur 14 tahun pada bulan Ramadhan. Dia sangat bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana memberinya petunjuk. Dia gembira kerana telah menemui jalan yang benar.
Si A seorang perempuan yang lemah lembut. Baik, tetapi di saat dia berhijrah, tiada siapa yang berada di sisinya. Sedangkan keluarganya sendiri tidak tahu yang dia cuba berhijrah ke jalan yang lebih baik. Di sekolah, dia merubah cara pakaiannya. Dia cuba memakai handsock. Pernah di tegur oleh seorang kawan, "Kau tak panas ke?" Tapi Si A ada back up. Seorang budak lelaki. Si A perasan, yang budak lelaki tadi tahu yang dia mahu berubah. Lalu dia berkata, "Dia tak banyak bergerak macam kau. Relax je. Tu tak panas." Si A hanya tersenyum.
Si A juga pernah di tegur oleh seorang guru. Ketika itu Si A memakai handsock yang masuk ibu jari tu. Cikgu cakap, "Takboleh kot pakai macam ni. Memang menutup aurat, tetapi ala-ala rock gitu." Si A tahu itu hanya gurauan, tapi tak semena je air mata gugur. Malu mungkin. Tapi Si A tetap pakai. Tidak dipedulikan kata-kata guru tadi.
Si A pernah berjanji yang dia tidak akan sesekali pulang dan berpaling ke zaman jahiliyah itu. Memalukan! Ketika berumur 15 tahun, Si A rajin menunaikan solat sunat Dhuha di sekolah. Dia mengajak rakan baik dia. Dia ingin memohon Allah permudahkan urusannya ketika menduduki peperiksaan PMR. Lama kelamaan, hampir semua rakan kelasnya menunaikan solat sunat Dhuha. Seronok Si A ni. Alhamdulilah.
Dalam pada masa yang sama, dia memerhati rakan-rakannya. Dia pernah mengajak kawan-kawannya berhijrah. Tetapi bukan secara terus terang. Belum bersedia lagi katanya. Dia hanya menyampaikannya di lawan sosial Twitter. Ramai rakan-rakan alam mayanya yang menyebarkan dakwah dan kata-kata semangat di Twitter. Sebab itu dia suka online Twitter. Tapi, ada 2 atau 3 orang rakan Si A ingin ke arah kebaikan. Si A bagaikan ingin menangis. Akhirnya, Si A ada rakan untuk share ilmu masing-masing.
Selepas tamat peperiksaan PMR, Si A mula liar. Bukan liar apa, mula langkah kembali ke zaman jahilyyah. Satu demi satu perangai lamanya kembali masuk ke jasadnya. Si A tidak sedar, malah seronok melakukan perkara itu. Dia mula tinggal solatnya. Mula-mula tertinggal. Tapi bila dah biasa, dia jadi seronok. Al-Quran jauh sekali dia baca. Si A mula mengabaikan batas pergaulannya. Dia mula rapat dengan rakan lelakinya. Selamber je dia pegang-pegang kawan dia. Kawan dia pun buat taktau je. Seronok agaknya.
Tapi, perkara itu berlaku tidak lama. Si A kembali sedar dengan perbuatannya kerana dia mimpi sesuatu yang buruk jadi padanya. Dia percaya, itu adalah peringatan Allah kepadanya. Si A bersyukur, pada masa yang sama kesal dengan perbuatannya. Si A ringankan mulut untuk membaca Al-Quran semula. Ringankan lutut untuk sujud kepada-Nya. Meminta ampun kepada-Nya. Semoga Allah mengampunkan dosa Si A.
Semoga cerita ini memberi sedikit motivasi kepada diri kita semua.
|
Meet The Owner
I'am just a normal girl like other
Name : Nur Ameera Syafiqa Binti Kasim
Born on : 22nd January ****
State : Sun
Language : Javanees
Quotes : "Think big, feel strong, and pray hard for deep heart."
Contact : Twitter | Facebook
I love
♥ ALLAH
♥ Prophet Muhammad SAW
♥ Ibunda
♥ Ayahanda
♥ My Friends
I Hate
✖ CopyCat
✖ Back Stabbers
✖ Hipokrit
✖ Couple
✖ Make up
✖ Annoying person
✖ Insects
Link Exchanges

My Rules

 1. Behave yourself.
 2. Please help me and guide me if im do wrong. Dont push me.
 3. I will forgive you if you do something to me, but pls meet me and say it.
Tutorial or Freebies
Blog Tutorial...
Tutorial
option
option
option
option
option
option
option
option
Cerita ini, adalah kisah benar.
Kisah si A baru berhijrah. Dia berhijrah ketika berumur 14 tahun pada bulan Ramadhan. Dia sangat bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana memberinya petunjuk. Dia gembira kerana telah menemui jalan yang benar.
Si A seorang perempuan yang lemah lembut. Baik, tetapi di saat dia berhijrah, tiada siapa yang berada di sisinya. Sedangkan keluarganya sendiri tidak tahu yang dia cuba berhijrah ke jalan yang lebih baik. Di sekolah, dia merubah cara pakaiannya. Dia cuba memakai handsock. Pernah di tegur oleh seorang kawan, "Kau tak panas ke?" Tapi Si A ada back up. Seorang budak lelaki. Si A perasan, yang budak lelaki tadi tahu yang dia mahu berubah. Lalu dia berkata, "Dia tak banyak bergerak macam kau. Relax je. Tu tak panas." Si A hanya tersenyum.
Si A juga pernah di tegur oleh seorang guru. Ketika itu Si A memakai handsock yang masuk ibu jari tu. Cikgu cakap, "Takboleh kot pakai macam ni. Memang menutup aurat, tetapi ala-ala rock gitu." Si A tahu itu hanya gurauan, tapi tak semena je air mata gugur. Malu mungkin. Tapi Si A tetap pakai. Tidak dipedulikan kata-kata guru tadi.
Si A pernah berjanji yang dia tidak akan sesekali pulang dan berpaling ke zaman jahiliyah itu. Memalukan! Ketika berumur 15 tahun, Si A rajin menunaikan solat sunat Dhuha di sekolah. Dia mengajak rakan baik dia. Dia ingin memohon Allah permudahkan urusannya ketika menduduki peperiksaan PMR. Lama kelamaan, hampir semua rakan kelasnya menunaikan solat sunat Dhuha. Seronok Si A ni. Alhamdulilah.
Dalam pada masa yang sama, dia memerhati rakan-rakannya. Dia pernah mengajak kawan-kawannya berhijrah. Tetapi bukan secara terus terang. Belum bersedia lagi katanya. Dia hanya menyampaikannya di lawan sosial Twitter. Ramai rakan-rakan alam mayanya yang menyebarkan dakwah dan kata-kata semangat di Twitter. Sebab itu dia suka online Twitter. Tapi, ada 2 atau 3 orang rakan Si A ingin ke arah kebaikan. Si A bagaikan ingin menangis. Akhirnya, Si A ada rakan untuk share ilmu masing-masing.
Selepas tamat peperiksaan PMR, Si A mula liar. Bukan liar apa, mula langkah kembali ke zaman jahilyyah. Satu demi satu perangai lamanya kembali masuk ke jasadnya. Si A tidak sedar, malah seronok melakukan perkara itu. Dia mula tinggal solatnya. Mula-mula tertinggal. Tapi bila dah biasa, dia jadi seronok. Al-Quran jauh sekali dia baca. Si A mula mengabaikan batas pergaulannya. Dia mula rapat dengan rakan lelakinya. Selamber je dia pegang-pegang kawan dia. Kawan dia pun buat taktau je. Seronok agaknya.
Tapi, perkara itu berlaku tidak lama. Si A kembali sedar dengan perbuatannya kerana dia mimpi sesuatu yang buruk jadi padanya. Dia percaya, itu adalah peringatan Allah kepadanya. Si A bersyukur, pada masa yang sama kesal dengan perbuatannya. Si A ringankan mulut untuk membaca Al-Quran semula. Ringankan lutut untuk sujud kepada-Nya. Meminta ampun kepada-Nya. Semoga Allah mengampunkan dosa Si A.
Semoga cerita ini memberi sedikit motivasi kepada diri kita semua.
|
0 Comments:
Post a Comment