Nature friend ♥

Follow|Home
Tuesday, 24 December 2013 | 20:18 | 0comments
Salam alaik' semua. 
alhamdulilah ke hadrat Ilahi.



Setelah berhempas pulas. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Nak dapatkan 8A tu. Eheh. Tipu je. Aku tidur lena je. 

Bukan nak bangga atau riya'. Tapi tujuan utama update ni kerana disuruh oleh ibu untuk share canne aku boleh dapat 8A.

Awalnya, aku bukan budak pandai. Duduk je dalam kelas budak pandai. Selalu juga dapat nombor bottom 3 dalam kelas. Tapi apa yang aku BARU perasan dengan perangai aku, aku tak mudah give up.

"Usaha! Usaha! Usaha!"
Jadi kata-kata semangat aku.

Dapat nombor last dalam kelas, aku jadikan pembakar semangat. Well, budak kelas aku almost 5A UPSR. Aku? Ish ish. 
Aku suruh mak hantar pi tuisyen. Penat weh. 

Okay. aku takde jadual belajar macam orang pandai ada. Cukup setakat aku follow jaduah aku hari-hari. 

Jadual;

Ke sekolah: 0640 am.
Solat Dhuha; 10.00am
Habis kelas; 0200 pm.
Solat, rehat; 0230 pm.
Study dengan kengkawan; 0300-0430 pm.
Malam tuisyen; 0800-10.00 pm.
Bangun tahajjud, solat hajat ; 0400 am.
Study; 0445-sampai subuh.

Kat sini nak highlight, tidur kena cukup!  6 jam cukup.

 "Siang kalau boleh jangan tidur, sebab malam kita memang akan tidurkan? Ia akan potong waktu belajar kita." - Puan Zabedah

"Solat dhuha jangan tinggal. Niat nak beribadat dulu baru nak 8A." - Kak Nadia Syarmila

"Niat belajar kerana Allah bukan 8A" - Aku

"Kalau boleh bangun tahajjud, bangun." - Aku

Ni lah salah satu tips yang aku boleh kongsi. Aku rajin masuk bilik kaunseling. Nak mintak pandangan semua tentang itu ini. Ada setengah orang, dia tak ngam dengan kauselor. Tapi aku kawan baik dengan derang. Sajelah, nak share masalah.

Halangan waktu belajar?


  • Aku banyak diberi dugaan melalui sakit.
Aku orang paling banyak sakit kot kat dalam kelas tu. Demamnya lain. Sakit kepala. Stress. Semua ada. Yela, tujuan aku satu,

"Diaorang pandai, belajar sikit senang masuk, aku kena struggle, Kejar! Kejar! Kejar!"

Tapi, aku bertahan dengan vitamin RM12 je. Alhamdulilah masih boleh jawab pmr. Dan dapat result baik.

--

Masa dapat result. Mak duduk sebelah aku. Sebelah kanan kawan-kawan. Tangan mereka erat aku pegang. Satu per satu nama 9A/8A dipanggil. Aku tak toleh mak pun. Aku takut nanti aku nangis. Takut kecewakan dia. Takut...

Tapi Alhamdulilah nama aku dipanggil naik ke atas pentas ambil slip peperiksaan.

Terima kasih Allah.
Terima kasih mak ayah.
Terima kasih cikgu.
Terima kasih kawan.

Nahh hadiah untuk mak ayah!







xoxo.

0 Comments:

Post a Comment


Older Post | Newer Post