Monday, 29 December 2014 | 06:10 | 0comments
Salam alaik'
fuh fuh fuh *tiup habuk* *batuk*
Lama kot tak update. Rindu betul dengan diari online ni.
Yela, bila sedih jekan cari blog. Bila senang, bagai kacang lupakan kulit,
Kalini update blog bukan nak luahkan perasaan. Tetapi terpanggil nak share ilmu sikit.
Alaaaa bukan dakwah pun, tapi ilmu yang aku belajar nilah yang perlu dikongsi.
Sebab apa yang aku belajar ni, serba sedikit dapat kurangkan perasaan jahil dalam diri aku.
Sama ada jahil basith (bodoh semata-mata) atau jahil murakkab (bodoh bertepek-tepek/salah faham) . Allahu, mohon dijauhkan daripada sifat-sifat ini. Sebab itulah kena pergi ngaji!
Okay, mula-mula nak terangkan apa itu Team Hijrah Johor.
"Eh Johor? hmm IKRAM ke?"
<Pengenalan Komuniti TeamHijrah Johor>
TeamHijrah Johor (THJ) merupakan komuniti sokongan kepada anak-anak muda yang baru memulakan langkah dalam berhijrah ke arah diri yang lebih baik..
Objektif utama komuniti ini adalah mewujudkan platform di mana anak-anak muda ini dapat sama-sama berkumpul dan mencari kawan supaya penghijrahan mereka tidak sendirian dan dapat lebih istiqomah dalam penghijrahan mereka..
THJ mengamalkan kaedah ukhwah dan ilmu dalam mencapai objektif hijrah ini..ukhwah dipupuk melalui program-program taaruf dan team building supaya mereka di dalam komuniti ni masing-masing dapat merapatkan diri seperti satu keluarga dan rasa selesa antara satu sama lain..
dan nilai ilmu diterapkan melalui perkongsian ilmu berpandukan kitab-kitab muktabar Ahlussuannah Wal Jamaah (ASWJ) supaya mereka ini dapat membentengkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan ASWJ.
Di THJ, kami tidak menggalakkan pembelajaran ilmu melalui internet sama ada youtube,blog dsb. Ini adalah kerana bagi kita yg baru ingin mendekati ilmu agama, adalah perlu utk kita belajar dengan berguru, dan bukan dengan belajar sendiri2 melalui internet..
Juga hendak ditekankan bahawa setiap perkongsian ilmu di THJ perlu disokong dengan rujukan dari kitab2 muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).. Sumber rujukan lain terutama dari kitab2 atau perkataan ulama' yg bertentangan dengan ASWJ adalah ditolak..ini termasuk juga post2 berkenaan majlis2 ilmu atau program yg di dalamnya ada penceramah yg memegang fahaman bertentangan dgn ASWJ..
Namun begitu, sebarang jenis ayat2 serta cerita2 motivasi dan inspirasi dari semua amatlah dialu-alukan utk dikongsikan..
Semoga Allah menunjukkan kita perkara yg benar itu benar, dan yg batil itu batil.
Sumber: https://www.facebook.com/groups/TeamHijrahJohor/
0 Comments:
Post a Comment